Skip navigation

Matahari dari dekat (5,000 KM)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

Lihat pautan ini untuk keterangan lanjut!!!

Sebagai Renungan:
Matahari. Objek terbesar dalam sistem solar kita. Lapisan luar matahari dianggarkan lebih 6,000 centigrade. Lapisan ini kelihatan menggelegak kerana ledakan tanpa henti dipermukaannya. Di dalam lapisan kerak matahari suhunya ialah 15 juta centigrade. Tekanannya pula 340 bilion kali ganda berbanding dengan tekanan di bumi sehingga menyebabkan reaksi nuklear terjadi di dalamnya. Tenaga di dalam kerak matahari mengambil masa sejuta tahun untuk muncul di permukaannya. Pada setiap saat, 700 juta tan hidrogen terbakar menjadi abu helium. Ketika proses ini berlaku, 5 juta tan tenaga telah terhasil.

Bayangkan… kepanasan matahari yang kita rasai saban hari dari bumi sudah cukup menyakitkan. Apatah lagi andainya kita menghampirinya, sedekat yang kita lihat di foto-foto yang dipaparkan. Apakah api matahari yang menjulang dan menjilat itu menyamai kepanasan api neraka? Ya, ia sebahagian dari kepanasan api neraka seperti hadis:

Hadis Sunan An Nasa’iy Jilid 1. Hadis Nombor 0487.
Dari Abu Hurairah katanya: “Telah berkata Rasulullah saw: “Jika matahari terlalu amat panas, maka akhirkan solat zuhur hingga matahari agak dingin, sesungguhnya sinar matahari yang terlalu panas termasuk bahagian panasnya jahanam(neraka).”

Nauzubilahi min zalik

Lihat pautan ini untuk keterangan lanjut!!!

Advertisements

 

1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —– DLL.

2) Dari pakai moto kap — kancil-wira — Honda —- seterusnye..

3) Badminton —– Golf —-

4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglow…

5) Technician —-supervisor —– engineer — manager…

6) Tv 14′ — 21′ — 29′ —- Home theather…

7) Sg Danga — Tanjung Leman — Langkawi —- Hadnyai — Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour…

9) mancing kat parit /longkang —- sungai — kolam (bayar punye)—-
laut dalam (sewa bot mewah)……
Kalong
TETAPI….
KITA JUGA LUPA….
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA….

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN…’ON LOAN’…

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH ‘PERSEDIAN UNTUK MATI’

Umpamanya:

1) tak sembahyang —- pastikan sembahyang– -jadikan amalan…..

2) banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan…

3) Bangi —- madinah —- mekah—

4) sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00/

5) sembahyang dirumah — sembahyang di surau/mesjid. ..

6) 5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU….

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet —– 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan… . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. …….

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun…
Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil
berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya…

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Bersyukurlah sahabiahku….

Tajuk sekali pandang, pasti menarik bukan? Hayatilah sajak dibawah dan muhasabah
diri kita yang hina lagi kerdil…

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa…
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?
Adakah kita lupa?
Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita…
Nabi saw sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita.
Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita.
Astaghfirullahalazim…
Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.
Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?
Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?
Putus cinta?
Jatuh cinta?
Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali…
Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?
Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.
Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.
Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.
Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia…
Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak…

“Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU” Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.
Renung-renungkanlah… … Wallahualam

Batas Aurat…

Tahukah sahabat-sahabat semua apakah itu aurat? Aurat ialah bahagian daripada tubuh manusia yang diharamkan untuk dilihat atau disentuh. Bagi wanita, seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan. Bagi lelaki pula, auratnya antara pusat dengan lutut.

Kenapa mesti menutup aurat..??

Berdasarkan dalil al Quran dan al Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah perkara remeh. Ia termasuk dalam kategori hukum qati’e. Syaitan sentiasa memperjuangkan dosa utama ini untuk menyesatkan umat manusia. Apabila terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, perceraian suami isteri akibat curang, gejala sosial dan pelbagai masalah lain.

Ciri-ciri menutup aurat…

Sahabat-sahabat yang dikasihi, antara ciri-ciri menutup aurat adalah seperti berikut:

1. Pakaian mestilah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

2. Tudung mestilah labuh hingga melepasi/menutupi dada.

3. Pakaian hendaklah longgar dan tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh.

4. Tidak jarang atau terlalu nipis hingga menmpakkan aurat dalam pakaiannya.

5. Tidak terlalu singkat. Baju sepatutnya melepasi paras pinggul.

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau perempuan sehingga sukar untuk ditentukan jantina mereka.

6. Tidak menyerupai pakaian orang kafir daripada kaum Yahudi dan Nasrani.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, sentiasalah tampil dalam keadaan menutup aurat yang berlandaskan syariat Islam. Insyaallah, kita akan merasa lebih yakin dan lebih selamat dalam keredhaan Allah swt. Amin..

Final oh final….
Sudah masuk yang ke 2 kalinya izzah menempuh final di UTHM. Kalau dulu yang pertama rasa macam exam kat sekolah dulu-dulu je..hehehe..kalau dulu belajar pun “gila-gila” la, dalam bahasa inggerisnya “study hard” la tapi rasanya cara macam tak sesuai sangat sebab lagi menambahkan tension..yang penting “study smart” and enjoy the life..betul kan..so sebab tu izzah rasa final untuk sem 2 ni izzah banyak relax and tak terlalu menekan diri tapi memang menjadi la cara ni.Bukannya tak study langsung tapi izzah tak letakkan diri izzah dalam keadaan yang tension dan hasilnya…jeng jeng! menakjubkan..izzah dapat 2 benda dalam satu masa..apa tu? Dapat enjoy dengan kawan-kawan dan dapat jawab exam dengan baik..yang penting ketenangan dalam diri.Kita sebenarnya tak perlu “takut” sangat tiap kali nak exam.Fikirkan yang exam ni sangat menyeronokkan umpama akan kek di ‘secret recipe'(hehehe)..Yakin dalam diri yang kita mampu lakukan yang terbaik,insyaallah dan yang paling penting, hubungan kita dengan Allah..Biarlah ilmu yang kita dapat dan yang kita ada ni sentiasa dalam keberkatan Allah SWT,amin…Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempuh kejayaan dan keyakinan inilah yang memberi suntikan semangat dalaman pada diri kita sendiri,jadi yakin BOLEH!…Ok, selamat menempuh final untuk semua pelajar UTHM dan selamat maju jaya!!!